Turun terus semangat aku dah nak update blog cerita-cerita pasal 2012 lepas tengok gambar ni.
Semoga 2013 kita dilimpahi kesyukuran, biar lemas dalam diri pun tak apa. Moga mati 'lemas' dalam redha.
Ramai sangat tanya aku macam mana nak buat reben fondant tu. Ini bukan zanji tapi pastttti (tone david teo), aku ajar kat sini macam mana nak buat step by step. Pelbagai andaian dan tuduhan dari kawan-kawan, ada yang cakap aku buat pakai acuan, ada cakap aku bekukan la apa la, tengok la segmen untuk post akan datang aku ajar korang. Amboi korang kateko, ramai ke nak tau pun. Nanti kanlah, kau ingat kau layak jadi chef sangat?
Tak terer langsung pastu tiba-tiba nak ajar orang.
Ni sebelum tu aku nak tanya, boleh tak kalau lepas ni aku nak jadikan blog aku ni blog memasak? Maksudnya apa-apa aku masak aku share resipi dengan orang? Sebab aku rasa betapa pentingnya orang-orang tak berapa pandai macam aku seperti waktu dahulu (ini ayat penekanan bahawa sekarang aku dah pandai masak sikit). Wah berusahanya letak perkataan sikit kat belakang. Supaya nampak rendah diri ke macam mana. Tak, serious aku tak pandai masak, tapi hanya minat masak. Aku rasa macam bersyukur gila ada makcik-makcik comel kat dalam dunia blog ni yang sudi berkongsi resepi dorang kat blog. YaAllah tanpa mereka siapalah aku, hanya melukut di tepi tv tengok masterchef lepas tu berangan nak masak macam budak masterchef. Mengigau ke apa weh perangai. Serious, aku rasa blog memasak adalah blog yang mengajar orang secara percuma dan bila kita masak ikut resipi diorang kan, kalau sedap dan laki kita puji, kan makcik tu dapat pahala?
"1 kita kongsi
insyallah 2 kita dapat.. 2 kita kongsi 4 kita dapat.. Kalau kita tak
share apa apa maka kita takkan dapat apa apa... Maka berterusanlah kita
sebegitu tanpa perubahan."
Ni aku copy paste dari status kukubesi manipulasi (search sendiri kat facebook)
Nah izinkan aku jadi makcik yang ada blog serta suka kongsi resipi sekarang. Boleh?
Kadang aku hairan,
Kenapa aku?
Orang semua bilang, semua kan baik-baik saja akhirnya.
Tapi bila yang baik-baik saja tu akan tiba?
Aku risau kalau semua hanya cakap mahu lihat aku ketawa,
Aku risau kalau semua yang jadi sekarang hanya mahu lihat aku kecewa.
Aku dah hilang petunjuk,
Aku dah hilang mata lubuk.
Aku dongak, hanya nampak semua tuding jari atas kepala aku.
Sesungguhnya,
Aku cukup rasa yang aku sudah kalah sekarang.
Orang yang jenis sekejap-sekejap pesen unfriend, block, remove kawan-kawan sendiri kat facebook ni adalah jenis orang-orang yang tak dapat menerima pedihnya kenyataan hidup.
Atau dalam bahasa yang lebih saintifik, spesis-spesis ini lebih mudah dipanggil, Jablai.
Nama saya Hana. Part time blogger and I write mostly about parenting, travel and recipes. Ada juga posting random mengenai diri saya dan keluarga. I don't write to impress, I write to feed my soul and maybe yours? Semoga tidak jemu ya!
Contact Me
For any enquiries / work / collaboration / free review* , please email to hannamaruku@yahoo.com *terms and condition apply