Itinerary Ke Bali - Day 1


Adoi sakit hatii betul dah type panjang lebar ttbe betri fon habes dan kalau type kat fon mmg dashboard tak save! Skang kena buat kerja dua kali pengsan. 

Ok untuk day 1 ktrg tak bejalan pun. Flight pukul 3.40 petang. Sampai Denpasar dalam pukul 8 malam. Menyampah juga naik flight kat klia sebab nak pegi kat terminal adalah 3592345?)///// kilometer (KILOMETERRRRRR) k bye. Rasa macam merentas desa tau tak. Sorang dukung anak sorang bawak 500 buah beg ada yg selit kat baju kat tangan kat belakang akhirnya sampai jugak. Ingt diri yang paling lambat, tapi bila sampai tengok ada yang lagi lambat siap datang boleh sambil mencukur ketiak, OMG. APAKAH ITU. TERTIPU DENGAN ITINERARY flight kata kena sampai awal cis! 

Punyalah berpeluh, sampai muka pun bertukar jadi gorilla -_-


Masa ni tengah sengih2. Aku seram gak takot aqilah taknak tdo time ni. Standby susu masa nak depart nnt takot sakit aqilah sakit telinga. 


Muka mak bangga aqilah tewas di tangan mak. 

---


Airport Bali sangat cantik! Supir datang amek tros bawak beli makan kat wong solo. Then kami terus check in kat the hotel bali and spa kat legian. Wah igtkan hotel tepi laut rupanya masih kat area kuta gak. Sesak gak la sblm sampai hotel. Ktorang book deluxe room with pool terrace sbb apak dengan aqilah sula berenang kalau boleh nak tdo pun dalam siming pool tau. 

Hotel aku rate 8/10. Sume staf baik sgt. Nak req pape cepat dapat. Bilik selesa siap dapat fruit basket lagi. Cuma hotel takde cert halal tapi tak serv pork lah. Aku si ceghodek pegi book skali breakfast tgk2 p makan rs was2 so kami makan roti and buah je. Kalau kau nak hotel ni, tak payah amek breakfast. Pagi2 kua boleh mintak supir bawak pegi breakfast. Harga 1 malam dalam RM 150.


ni view bilik ktorang. 


Masa ni tengah sembang2 kat depan biliik. Aqilah tengah tdo. Sebab tu aku duduk depan pintu takot aqilah jatuh katil. Hehe. 



Fruit basket (takde basket so fruit pinggan) yang hotel bagi. 

--- 

Next entry will be trip day 2. 

0 comments:

Search This Blog